Followers

Wednesday, May 26, 2010

Taman Botanikal Melaka Bakal Muncul Terbaik Didunia

Taman Botanikal Melaka

AYER KEROH, 25 Mei – Kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjadikan Taman Botanikal Melaka sebagai yang terbaik di dunia bagi menandingi populariti Taman Botanikal Singapura dan Bogor, Indonesia yang menjadi produk pelancongan utama di kedua-dua negara berkenaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, selain mengekalkan pelbagai spesis flora dan fauna di Taman Botanikal seluas 92.5 hektar, beberapa perancangan baru juga akan dibuat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong, tanpa menjejaskan keadaan semula jadi di taman berkenaan.

“Ada pelancong dari Eropah yang memberitahu bahawa Taman Botanikal Melaka adalah antara yang terbaik pernah mereka lihat di dunia kerana di sini suasananya kekal semulajadi di mana pokok-pokok dikekalkan, mankala di bahawanya dibiarkan seperti sediakala hingga menjadikan suasana di sini lebih redup, sejuk dan menarik,” kata Mohd Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Botanical Garden Buggy Ride iaitu produk terbaru pelancongan yang menawarkan perkhidmatan buggy mengelilingi Taman Botanikal sejauh 4 kilometer untuk tempoh kira-kira 30 minit.

“Sebanyak 34 buggy iaitu 14 kereta dan 20 motosikal berkuasa elektrik disediakan bagi kemudahan pengunjung menikmati keindahan dan menghirup udara bersih dalam suasana yang cukup santai sekali,” kata Mohd Ali.

Ketua Menteri memberitahu, Botanical Garden Buggy Ride dengan kadar tambang RM10 seorang itu dimiliki oleh Perbadanan Hang Tuah Jaya (PHTJ) manakala KLM Management dilantik mengendalikan perkhidmatan berkenaan yang berharga RM3.5 juta.

“Kita mensasarkan sebanyak RM1.8 juta daripada seramai 180,000 pengunjung setahun,” ujar beliau.

Taman Botanikal Melaka yang dahulunya dikenali sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh dilengkapi antaranya Taman Pra-Sejarah, Kampung Buku, Taman Cerita, Pentas Terapung, Jambatan Gantung dan Menara Tinjau untuk para pengunjung, trek berjoging serta kemduahan lain.

Mohd Ali memberitahu, Kerajaan negeri juga sedang merancang beberapa kemudahan lain di Taman Botanikal termasuk membina sebuah ‘rumah musim salji’ (winter house) yang akan dihiasi dengan tanaman bunga-bungaan dan buah-buahan musim tropika dan bunga tulip sebagaimana yang terdapat banyak di negara Belanda.

“Kita akan terus berusaha menjadikan Taman Botanikal sebagai tarikan pelancongan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pembangunannya akan dilakukan tanpa menjejaskan ekologi semulajadi di kawasan ini,” ujar Ketua Menteri.

Koleksi Photo Course Aku,,,

BENC in Memory
Final Year/Final Paper Photos




















Sunday, May 23, 2010

BENC in Memories









Night To Remember 2010
BENC in Memories
Bachelor Electronics Engineering (Computer Engineering)
UTEM 2007/2010
















Kebahagiaan Dalam Perpisahan Shahir AF8

Kebahagiaan Dalam Perpisahan

ht




LIRIK LAGU KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN – SHAHIR AF8

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerana lantang terbaca dari muka
Kau dan aku sudah tiada keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih?

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Tiap titis airmata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam tapi hanya berdiam
Kerana cuba menafi realiti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar disinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Shahir Juara AF8

Shahir Juara AF8



Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.

Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.

Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND'S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.


Saturday, May 22, 2010

KRU Buat filem international.. The Malay Cronicles...Coming Soon 2010!!!

KRU akan memartabatkan filem Malaysia ke International...
kita sama-sama tunggu kemunculannya....


*New trailer from KRU Cinemas - Coming Soon 2010- Extended Trailer*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails