Followers

Friday, September 5, 2008

Jom RaMAi-RaMAi TonTOn FiLEm KaMI

Dengan judul sama seperti filem yang pernah dilakonkan Allahyarham Sudirman Haji Arshad, filem Kami terbitan Red Films Sdn Bhd, cuba menonjolkan kehidupan remaja yang terbabit dalam dunia muzik khususnya underground.




Dibintangi Liyana Jasmay, Syarul Ezani (Ali), Nas-T, Juliana Evans dan Zayanah Ibrahim, Kami memaparkan masalah kekeluargaan, gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pergaduhan. Ia diarahkan pasangan suami isteri Fariza Azlina Isahak, 36, dan Effendee Mazlan, 35. Effendee dulunya adalah bekas pemuzik underground manakala penggemar muzik sedemikian.


"Kami mengambil masa kira-kira 2 tahun untuk menyempurnakan filem ini. Ia adalah filem yang ikhlas dan berdasarkan kejadian yang benar-benar wujud dalam masyarakat kita. Itulah yang ingin disampaikan. Tempoh masa yang lama itu juga bukan kerana kami mempunyai masalah, tetapi ia memberi laluan kepada siri Kami di 8TV.



"Bagi menambahkan elemen muzikal kepada filem ini, kami juga menggunakan lagu-lagu band yang pernah bertapak sebagai pemuzik underground seperti Meet Uncle Hussain, Laila's Lounge serta Hujan, " kata Fariza selepas majlis pratonton filem itu di Cathay, Cineleisure, Damansara, petang semalam.


Difahamkan, Kami yang menelan belanja RM1.5 Juta ini akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula raya pertama tahun ini. Ia juga turut ditayangkan di Brunei, Indonesia serta Singapura.


Ia berkisar tentang seorang remaja, Abu melarikan diri dari rumah pemulihan akhlak untuk bersama Ali bagi meraikan hari terakhir Lynn, Sofie dan Adii menamatkan pengajian Tingkatan 5. Tapi Lynn terjebak dengan masalah dadah dan seterusnya berlakulah pelbagai konflik lain dalam setiap remaja itu.




Turut hadir pada majlis pratonton itu ialah Datin Marina Mahathir, Pengurus Besar Grand Brilliance, Ahmad Puad Onah, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar, David Teoh, para pelakon dan pihak media.

2 comments:

dalf i.t.u aku said...

misti gempak citer ni..
x sabor ngan nyempat nak p tgk..

padin said...

mesti best,,,
salam ziarah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails