Followers

Monday, December 14, 2009

Sistem Monorail Di Sungai Melaka Dalam Pembinaan

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, sistem monorel itu yang sedang dibina di tebing Sungai Melaka dijangka akan menjadi satu lagi tarikan baru untuk pelancong ke negeri ini apabila siap nanti.

"Walaupun pada asalnya rancangan pembinaan sistem monorel tersebut hanya akan menghubungkan Pengkalan Rama dan Stesen Tuah, namun ianya akan disambung dengan kepanjangan 1.2 kilometer lagi untuk melengkapkan satu pusingan," katanya.

"Sistem monorel itu akan disambung dari Stesen Tuah melalui Jalan Tun Ali dan Jalan Tun Mutahir sebelum bersambung semula dengan Stesen Taman Rempah bagi melengkapkan satu pusingan.

"Dengan lengkapnya satu pusingan ini, tren monorel tidak perlu berpatah balik, tetapi hanya perlu membuat satu pusingan sejauh 2.9 kilometer," katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja awal pembinaan sistem monorel itu petang semalam.

Berikutan penambahan jarak pada sistem monorel tersebut, keseluruhan projek berkenaan dijangka akan dapat disiapkan menjelang pertengahan 2010.

Mohd Ali memberitahu, selain pembinaan monorel, Kerajaan Negeri juga telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan Eye On Malaysia mengenai pembinaan sebuah sistem kereta kabel bagi menghubungkan tapak Eye On Malaysia dengan Pulau Melaka.

Tambahnya, sistem kereta kabel ini juga akan mampu menjadi satu tarikan pelancong dan mampu membantu meningkatkan jumlah ketibaan pelancong di Melaka.



1 comment:

Azrin Urid said...

bro...dah siap pojet..tlg email sya di azahmal@rocketmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails