Followers

Sunday, March 20, 2011

PROJEK LANDASAN BERKEMBAR ELEKTRIK SEREMBAN-GEMAS

Merealisasikan matlamat menjadikan N.Sembilan ini sebagai sebuah negeri yang maju menjelangnya wawasan 2020, Menteri Besar, YAB Datuk Seri Utama Hj.Mohamad Hj Hasan sekali lagi membuktikan usahasama kerajaan negeri dengan Kementerian pengangkutan, Kementerian Malaysia dan KTM Berhad, melaksanakan projek mega untuk mensasari visi kerajaan Barisan Nasional.

Pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Seremban – Gemas yang kini sedang giat dijalankan adalah salah satu usaha kerajaan dalam menaik-taraf infraskruktur perkhidmatan keretapi dari segi kelajuan, kapasiti & effisen selain daripada keselamatan penumpang dan keretapi barang yang dititikberatkan.

Cadangan membina landasan berkembar elektrik ini telah bermula dari Januari 2008 dimana objektif utama menaiktaraf sistem pengangkutan rel adalah untuk menampung mod pengangkutan yang lebih selamat dan effisen.

Pembinaan projek landasan keretapi elektrik berkembar Seremban-Gemas bernilai RM3.45 bilion, kini lebih 50% peratus telah siap. Projek landasan berkembar sepanjang 98.2 km itu mula dibina oleh IRCON International Ltd, anak syarikat Indian Railway, pada Januari 2008 dan dijangka siap pada Ogos 2012.

Apabila siap kelak, landasan berkembar ini akan memuatkan perkhidamatan tren berkuasa laju yang mampu membawa 350 penumpang dalam satu masa dengan kelajuan 140km sejam. Projek berkenaan turut melibatkan pembinaan lima stesen baru dan sebuah hentian yang terletak di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Antara lima stesen yang dimaksudkan itu ialah Stesen Sungai Gadut, Stesen Rembau, Stesen Tampin, Stesen Batang Melaka dan Stesen Gemas. Manakala sebuah hentian turut dibina iaitu Hentian Senawang yang bakal menjadi pusat sehenti pelbagai bagi kemudahan para penumpang.

Mengikut pada kadar peratusan projek ini, beberapa fasa-fasa perlaksanaan diambil dalam memastikan projek berkenaan menepati jangkaan siap. Fasa pertama yang bermula pada 12 Januari 2008 lalu yang bermula dari Senawang ke Sungai Gadut. Tempoh pembinaan fasa pertama ini selama 35 bulan dan dijangka siap pada 25 Disember 2010. Stesen yang terlibat adalah Hentian Senawang dan Stesen Sungai Gadut.

Manakala bagi fasa kedua dari Sungai Gadut ke Gemas mengambil masa selama 55 bulan dan dijangka siap pada 17 Ogos 2012. Antara stesen yang terlibat adalah Stesen Rembau, Stesen Tampin, Stesen Batang Melaka dan Stesen Gemas.

Pembinaan stesen berkembar ini juga turut merangkumi infraskruktur asas lain di setiap stesen bagi kemudahan awam seperti lif,tandas, medan kereta, telefon awam, sistem pungutan tambang automatik, sistem hebahan maklumat, surau dan sistem kawalan keselamatan CCTV.Selain itu kemudahan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) turut di ambil kira bagi memastikan tahap kepuasan rakyat dikecapi semua.




sumber : N9Kini.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails